Ketua Paderi Kristian Seluruh Sabah Memeluk Islam |
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci
berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.
Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang
MURTAD DARI AGAMA ISLAM.
Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji
sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM.
Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya
mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang
berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama
USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di
seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan
menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi
paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan
mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala
dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang
yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan
beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam.
Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya
dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di
Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah
Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian
Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di
dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat
pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di
Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya,
iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai
paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman
Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah
sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya
menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya
adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu
langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah
terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di
dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif
bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak
buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya
dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah
mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak
Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang
paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa
manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa
bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul
yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa
manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius
membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang
Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama
ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989
saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana
selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi
tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog
dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang
saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang
rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya,
"Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan
sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di
negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang
Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi
pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, “Wahai Paderi
Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini
seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan
yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya
menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam
sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ.
Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak
mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang
mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan
pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu
berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu
jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau
menjawab, "Dia Tuhan.” "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang
nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya,
Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan
Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus
Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa
manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa
perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus
dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil
berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga
berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang
paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan
padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa
saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan
saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana
saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya
seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman – menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water,
adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian,
seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air
ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi
paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah
boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang
berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah
minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup.
Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali
Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan
Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang
meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor
tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi
menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya
Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah
beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa
beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan
diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah
Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap
masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu
Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan
sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus
menangis.
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan
taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian
cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian,
tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah
saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh
menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi
Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia
kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam
dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini
dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan
tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah
memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh
makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi
memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali)
bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata
beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water.
Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti
roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water
yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat
sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut
Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib
dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang
ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam
meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah
(bersih). Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab
tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja
berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi
dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita
meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.
Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama
Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa
kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu
saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada
menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya
kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi
tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang
terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi
tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua
kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan
kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan
kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang
maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu
berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan
kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya
simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada
saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian.
Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh
saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak
Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam
nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian
akan tersebar.
Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah
saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses
beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan
mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan
di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi
kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut,
selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya
dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.
Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab
tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya
kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau
mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada
hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang,
mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa
tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua
paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,
apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih
tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di
atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya
didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan
bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan
cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu
Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir
di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya
menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di
bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil
sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama
Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama
ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga
agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan
bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami
rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh
terangkat.
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi
para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan
ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan
seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain
sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka
kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang
menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya,
orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala
umpama langit dan bumi.
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada
saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi
Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk
tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di
dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai
rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana
tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang
berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah
sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu
berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara
(Kristian).” Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang
Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan
kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.
Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari
masjid berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta.
Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya
dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang
lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah
masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah
menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati
agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas
ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam
hari itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah
Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan
awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan
padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia
tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh
masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan
surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak
kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk
Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun
perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan
ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan
jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya
imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada
pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
Dengan Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.
Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya
untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil
semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau
belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus
sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun
tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya
membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke
arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya
belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak
menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu
bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang
betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan
ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung
kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan
menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang
Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak
mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan
tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau
pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang
kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke
bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan
masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan
rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi
keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan
saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya
merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut
Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula
ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar
yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur
sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama
Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya
akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian
Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan
meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak
khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal
maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun.
Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri
yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru
mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam
tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak
dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya
perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke
negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang
murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi
adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa
ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti
penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.
Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat
Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di
sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang
Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad,
jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya
yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke
peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari
keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.
Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka
begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk
ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu
wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari
segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam
mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk
penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap
Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari
Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang
ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh
sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai
alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.
Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak
perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab
untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi
mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk
bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam
kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri
bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat
menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam
begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya
menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah
terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian.
Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka
masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya
mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk
memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya
sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya
telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang
Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang
pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu
mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang
boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; “Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"
Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang
faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu
dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan
agamanya?
Siapakah Sasaran Kristian?
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang
menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang
bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap
hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.
Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya
terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus
nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama
tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan
undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka
ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan.
Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk
memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya
tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya.
Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan
Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". Dia
tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau
sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan
padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar
daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya
di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan
bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita.
Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.
Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
Halaman Utama |Informasi Gayong | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album |