Novel Isabella 8 : Percanggahan Fakta/Ayat di dalam Bible (Injil)

 

Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para cendekiawan Islam, Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam. 

 

"Tuan yang dihormati." Umar Lahmi mencelah. "Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam." "Kemudian Ziad memandang kepada kawan-kawan Isabella sraya berkata, " Jadi inilah kawan-kawanmu itu?" "Ya tuan," jawab Isabella berpaling memandang kawan-kawannya yang duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya amat berlainan sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka(Kristian). "Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine dan Hanana." 

 

Umar Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata" Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?" Mirano bersuara, "Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang beberapa perkara," katanya. "Baiklah," kata Ziad. " Kami tidak keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik menerima agama ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya." 

 

Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata, "Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam." Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus hati akan keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang hadir menadah tangankan tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memeang sudah dibawa dari awal. 

 

Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. "Menurut orang-orang Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN hukum-hukum itu. Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan." 

 

"Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah." ujar Umar Lahmi. "Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah PEMBENARAN. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu HUKUM dan KESEMPURNAAN. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al_Quran, surah Al-Ma''iadah ayat 48, yang maksudnya kira-kira begini: '' Dan kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahawa dia daripada Allah, sedang dia pula membenarkan Kitab-kitab Ketuhanan-yang terdahulu daripadanya serta menguasainya''. Tetapi, " kata Umar lagi. "Injil itu sendiri tidak pernak menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan." 

 

"Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya," kata Mirano. "Kemudian kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?" "Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen," jawab Umar Lahmi. "Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran mengakuinya?" tanya Mirano lagi. "Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil ASLI, bukan yang dipalsukan dan yang dibuat-buat," jawab Umar. 

 

"Kata orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui oleh Al-Quran," kata Miranao. 

 

"Baiklah!" kata Umar sebagai menjawab kata-kata Miranpo itu. "Saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia menyetujui kitab Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33, kira-kira sebagai berikut: ''Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah lemah''. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahawa ''menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukan dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah meyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.'' BERHENTI BEKERJA," kata Umar Lahmi, "bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari kerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahawa Tuhan itu berasa PENAT. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir. 

 

Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab Injil, keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran dalam surah Al-Ma''idah ayat 72 ada mengatakan kira-kira begini: '' Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al-Masih anak Mariam, sedangkan Al_Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong''. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apak! ah kitab Suci Al-Quran itu mengakui atau menolak Injil ?" Mirano dengan gembira terus menjawab. "Tidak syak lagi bahawa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya." 

 

"Sekarang, " kata Umar Lahmi. " saya akan memberikan satu PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran itu sebagai batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Surah An-Nisa'' ayat 82 ada disebutkan: ''Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak''. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu jelas menegaskan bahawa kecuali kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang bebas daripada PERTENTANGAN (contradiction), kerana manusia tidak kalis daripada kesilapan dan kekeliruan dan walaubagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielakkan. Dan buku yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau tidak, (barang dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?" 

 

"Prinsip itu cukup wajar dan adil ," jawab Mirano. "Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dfari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?" "Banyak sekali pertentangannya," jawab Umar Lahmi. "Kerana terlalu banyak sangat pertentangannya, maka para pembacanya menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba prinsip-prinsip tadi, saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudari Mirano, cuba beritahu saya?" Mirano teragak-agak sebentar. "Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22," jawab Mirano kemudian. "Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu betul?" "Bagaimana boleh kedua-duanya betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah kedua-dua itu dikatakan benar?" Mirano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar itu. 

 

"Nah, sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh 22:2-3. Di mana disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Raja-raja 8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah menjadi raja umurnya sudah 22 tahun! Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?" 

 

"Tidak!" jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya. "Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah." "Masalahnya," kata Umar lagi. "Mana satu satu di anatara keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan bahawa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada LAPAN RATUS RIBU orang yang dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata itu, tetapi di dalam kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah SEJUTA SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua keterangan ini benar? "Tentulah salah satu sahaja daripadanya benar," jawab Mirano. 

 

"Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin daripada Tuhan," kata Umar Lahmi. "Tidak mungkin," ulang Mirano. "Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah." "Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebu Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan-kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah." "Subhanallah!"'' keluh Mirano. "Ini adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya Kitab-kitab Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh memahami dua kali dua empat." 

 

"Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang 3 orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata tombak saja telah dapat membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good News Bible) Tetapi di dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang sahaja dengan tombaknya." (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8, nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11 ialah Yasobam bin Hakhmoni.) 

 

"Oh, terlalu jauh perbezaannya," kata orang-orang yang hadir. "Agak aneh," bersungut Mirano. "Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok." "Mereka boleh melihat kesalahan -kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keteranagan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul," kata Umar. Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang terlalu patuh kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?" "Subhanallah!" sahut Isalbella. " Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak diturunkan, necaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan diketahui,". 

 

Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu menyambung. "Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak lebih daripada satu ''APOCRYPHAL'' atau sumber yang diragukan dan disamping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepeada ketetapan gereja." "Ya," ujar Mirano. "Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah satu persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan." 

 

"Sekarang mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu," kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai Kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka. 

 

"Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak untuk menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang dijauhi Allah, Jesus Kristus telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat menyesal lalu pergi kepada imam-imam ketuanya dan berkata: ''Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tidak bersalah''. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat 18, ada disebutkan bahawa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya itu telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup, perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya terburai keluar.'' 

 

Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isi perutnya terburai keluar.

 

Inilah DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua buah Kitab Injil yang berbeza pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi beerti ketika Roh Kudus itu pergi kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai poembohong dan menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walaubagaimanapun adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah, daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut membuat dosa. "Nyatalah bahawa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya itu untuk mencapai sesuatu maksud," sampuk Mirano. 

 

"Itu pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan," kata Umar tanpa menghiraukan komen Mirano itu. "Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH INJIL YANG SAMA. SaintPaulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya danketiga-tiganya itu BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah ''BERBOHONG'' di tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahawa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota itu, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ''Kenapa menganiayai aku?'' Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis bahawa Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah. 

 

Nah! cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?" tanya Umar Lahmi. "Tidak mungkin," jawab Mirano cepat. " Ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan."  "Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?" tanya Umar Lahmi. "mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan selalu meimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Sekalipun jawapan mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahawa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan apapun juga hanyalah NONSENSE semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahawa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan
sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah HILANG! kewibawaannya dari sudut manapun juga." 

 

"Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?" tanya Isabella. "Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah-payah mahu membuat perbandingan lagi," kata Umar. "Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang anehnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya.  

 

Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur suapaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim ulama yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri. 

 

BERSAMBUNG....BAHAGIAN AKHIR "ISABELLA BERDEBAT DENGAN WANITA(RAHIB) KRISTIAN" 

*note: Kisah ini sudah menghampiri ke penghujungnya......

 

-------------------------------------------------

*NOTA:  Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu

 

Halaman Utama |Informasi Gayong  | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album