Novel Isabella 3 : Pertemuan Kedua |
Siapa yang
disalib? Tuhan atau Manusa?
Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; "Kelmarin kita telah membuat keputusan akan
berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.
Peter menjawab. "Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih
mana satu yang tuan suka untuk kita bincangkan dulu."
"Terima kasih," kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah AL_FURQAN. Wajah
Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang
pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat
duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong
mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihar ke depan.
Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona dengan
ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.
Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka
serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air
mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.
"Dia tak apa-apa," kata Catherine, sahabat Isabella. "Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa
itu." Keterangan itu tealah mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan
Islam.
Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian berdiri dan berkata:
"Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus
itu. Pertanyaannya : Apa keperluannya yang khusus maka ''Putera Tuhan'' membuat pengorbanan bagi
penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan itu sahaja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk
mengorbankan jiwanya sebagai ''penebusan dosa semua orang yang berdosa''. Apa sebab istimewa
''Putera Tuhan'' telah DISALIB?"
Para paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan. Sejurus kemudian mereka
memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu walaupun dia kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai
sikap kebapaan dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar.
"Untuk penebusan dosa ''Putera Tuhan'' diperlukan, kerana orang lain, baik dia nabi atau rasul penuh
dengan dosa dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu Tuhan Jesus
Kristus yang satu-satunya ''Putera Tuhan'' dan bebas dari dosa, maka dia dikorbankan untuk
kepentingan semua orang yang berdosa."
"Baiklah," kata Umar. "Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk
penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang
disalib, maka bererti tuhan y ang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan
penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau
kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya, kerana
kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan tuhan, kerana
kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam Kristus, dan bukannya ketuhanan yang
dikorbankan"
"Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang
sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan
ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya
bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan
dosa," kata Peter.
"Itulah," jawab Umar Lahmi. "Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada
dosa, maka ''Tuhan'' sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi
kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas dari dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan
tidak ciptakan seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah ''TUHAN'' sendiri MATI di atas tiang
salib kerana penebusan dosa."
Peter menjawab, "Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita tidak boleh kata kenapa
kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri datang ke dunia untuk tujuan itu. Tetapi
tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan
kasih sayang-Nya yaag agung terhadap kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya sampai
ke tingkatan mengutus putera tunggal-Nya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti
manusia-manusai lain. Tujuan ini tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain."
"Jikalau kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya, kenapa Dia tidak mengutuskan
''puteranya'' itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut
dipedulikan oleh tuhan? Apa sebab Dia baru menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun
berlalu?" Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.
Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab. "Kita tidak tahu tentang
keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui oleh Tuhan sahaja."
"Pertanyaan saya masih beleum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN berulang-ulang tidak akan
menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu
dilakukan maka kedatangan tuhan ke dunia ini sia-sia belaka. Orang lainpun boleh dikorbankan juga."
"Saya sudah menjawab," ujar Peter. "manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri
begelemung dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah
penjelmaan kemurniaan dan tidak berdosa."
"Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa, maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan
beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya.." Umar Lahmi berhujah.
"Tuan Paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun tidak menyakinkan malah kepada tuan sendiri
juga. Apa salahnya jikalau ''Putera Tuhan'' itu berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa
semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak payahlah
Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhana dan kemanusiaan. Penawar bagidosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai
penebus dosa, dan bukannya membunuh diri untuk penebusan dosa."
"Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya . Adalah biadap kalau kalau
mahu mencapai darjat Tuhan." Peter menjawab.
Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar itu sebaliknya dia berkata" Tuan tahu bahawa
Kristus dilahirkan dari rahim Marian Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan dengan
manusia dan Tuhan, yakni apakah yang dilahirkan itu ''Tuhan'' atau ''Manusia''?"
"Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang
dilahirkan," jawab Peter dengan nada yang agak gugup.
"Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?" ujar Umar Lahi.
"Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan di dalam
Kristus," jawab Peter lagi.
"Kalau begitu," kata Umar, "kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan
bukan ketuhanannya."
"Benar. Memang benar," jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh.
Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal. "Maafkan saya. Saya minta
pinjam sebentar."
Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang membuka
halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata
bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan
perbincangan itu dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia
mengambil kitab Injil pula.
Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. "Cuba lihat, di sini ada tertulis ''Masakan manusia
bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?'' dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi
kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga begelimang
dosa." Umar membuka halaman lain pula. "Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahawa ''upah dosa ialah
maut'' yakni kematian ialah bukti YANG MATI itu penuh dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi
pertanyaan: Apakah sebabnya Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya
yang dapat diselamatkan? Menurut tuan , seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain,
jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa."
Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari dahi dan
pipinya. "Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang
disukai-Nya. Bagaimana tuan atau saya boleh mengkritik-Nya?"
Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir
berkata: "Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban ketuhanannya saja, kenapa tuan jemput kami ke
mari, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami yang sia-sia saja?"
Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella yang memang
menaruh minat kepada soal-soal teologi, berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya
itu, kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari
berselindung di balik tabir misteri ketuhanan.
Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu jawapan daripada
paderi paderinya tentang kata-kata Umar yang agak pedas itu.
Tiba-tiba Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam
diri, dan berkata, " Saudara-saudara. Hari ini adalah konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam.
Saudara-saudara telah tahu apa itu agama Islam? Ia mewajibkan kahwin empat
isteri, Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan
dan……."
Umar Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata: Kalau tuan-tuan tidak dapat
menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus terang, dan kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan
terhadap Islam boleh dikemukakan, dan saya dengan gembira akan menjawabnya
satu-persatu." Dia kemudian memalingkan badannya kepada hadirin, "Di mana letaknya moral tuan-tuan ini, kami dipanggil
ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang
meghina." Dia berpaling ke arah Isabella. "Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?"
Isabella dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah berkata: "Saya berasa dukacita
bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa Micheal tidak pernah memberi jawapan kepada hujah-hujah
yang dikemukakan. Permintaan saudara Umar adalah adil……"
Peter terus menegur. "Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu." Peter kemudian berucap kepada
hadirin. "Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan
kalau dia sudah hilang ingatannya."
Catherine, kawan Isabella segrea menjawab" Malang sekali tuan-tuan sedikitpun tidak berlaku adil dan
kepada Isabella pula tuan-tuan semua timpakan semua kesalahan….."
Peter melonjak bangun dan dengan nada marah berkata."Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa
yang membenarkan mereka berada disni?"
Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para paderi dan hadirin sibuk dengan
berurusan mengenai masalah Isabella dan kawan-kawannya.
Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi dengan suara yang nyaring merdu membaca beberapa
ayat Al-Quran dari Surah Mariam.
Seluruh hadirn terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap sunyi. Ada yang diam kerana
terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada yang biasa diperdengarkan di dalam
gereja. Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka dengan hujung jari khuatirkan ayat-ayat Al_Quran itu
menembusi masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di
dalam gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit bahasa Arab terharu mendengar
pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmahan
orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia
menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca
ayat-ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan
tenang.
BERSAMBUNG :PERTEMUAN KETIGA: KETUA PADERI(BAPA ISABELA) BERDEBAT DENGAN UMAR LAHMI
---------------------------------------------------------------
*NOTA:
Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa
Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi
dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada
kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND
CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai
perbandingan kedua agama tertua itu.
Halaman Utama |Informasi Gayong | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album |