Make your own free website on Tripod.com

PENGAWALAN MINDA 

 

Artikel asal dipanjangkan oleh Minda Rakyat dan diterjemahkan oleh Marhaintua dalam beberapa bahagian.

Prakata: Salinan teori Konspirasi James Cameron ini mengandungi informasi yang belum pernah didedahkan sebelum ini. 

 

AMARAN: Informasi yang terkandung dalam 19.5 muka surat ini akan menggoncangkan sistem kepercayaan anda ke tulang sum-sumnya. Kalau anda bersedia membacanya, lakukanlah dengan penuh teliti. Anda dan seluruh dunia akan bertukar fahaman apabila sejarah dunia akan luntur di hadapan muka anda.


Bahagian Ketiga 

Peristiwa 7 Disember 
Pada 6 Disember, satu ribut salji telah muncul di bahagian selatan California dan bergerak melanda Nevada dan Arizona. Ribut salji ini telah membawa himpunan salji yang tebal ke atas San Diego, Las Vegas dan Phoenix sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut yang tidak pernah dialami pada waktu semacam itu. Memang mengerikan walaupun dibandingkan dengan fenomena 'La Nina". 

 

Pada 7 Disember, Richard Hoagland daripada Enterprise Mission dan Michael Bara telah dapat mengesan sedikit maklumat mengenai pendaratan kapal angkasa dunia luar di Gunung Turret (Turret Mountain). Gambaran radar yang diterima menunjukkan ribut salji yang berbentuk bulat yang telah menyelubungi keseluruhan gunung itu pada 6 dan 7 Disember. Terdapat pula bacaan degupan ELF (Extremely Low Frequency) pada jam 2:27 pagi waktu pergunungan Amerika ) Mountain Time bersamaan 4:27 pagi Eastern Time yang muncul daripada persekitaran pergunungan itu. Malahan, pada 6 Disember itu ribut salji sudah pun menyebabkan keadaan sesak di lebuh raya sehingga terjadinya hambatan lalulintas sepanjang empat batu di 'Interstate 17'. 

 

Saya (Daniel Peerez) telah terbaca maklumat yang tersiar di Homepage Lunaranomalies.com yang ditulis oleh Hoagland dan Bara. Lantas saya mengsyaki bahawa kemunculan ribut salji itu adalah gara-gara buatan HAARP (High Altitude Auroral Research Project). Mengikut satu tulisan Nic Begich dalam bukunya berjodol 'Angels Don't Play this HAARP', salah satu fungsi pancaran antenna yang tersusun di Alaska adalah bertujuan untuk memutarkan keadan cuaca. Mengikut maklumat rasmi yang tertulis di website itu ada pengakuan betapa HAARP digunakan untuk mengkaji lapisan ionosphere. Secara tabiinya adalah tidak mungkin ribut salji boleh berada pada satu tahap yang statik menyelubungi sebuah gunung untuk beberapa lama. Tetapi, perkara ini boleh dicetuskan dengan penggunaan satu teknologi yang diberi nama Teknologi Tesla. 

 

Di antara akhir abad ke-19 dan di awal abad ke-20 seorang genius (bijaksana) bernama Nikola Tesla telah mereka-cipta beberapa peralatan yang menjadi pemangkin kepada penciptaan peralatan lain dalam teknologi pengedaran aliran elektrik. Ini termasuklan konsep arus peraliran elektrik yang berselang-seli (alternating current). Arus karan bersalang-seli merupakan bahan mudah yang kini digunakan dalam menjana television dan 'microwave' anda. Tesla juga telah melakukan beberapa eksperimen yang berkaitan dengan gelombang 'low frequency longitudal' untuk memanipulasi polar cuaca dalam hasratnya untuk mengusai keadaan sesuatu cuaca itu. 

 

Tesla memang membuat kajian ini untuk kebaikan kemanusiaan tetapi usahanya itu telah disauk oleh seorang jutawan yang juga ahli SOB yang bernama J.P. Morgan. Inilah orangnya yang menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic. Beliau jugalah orang yang menolak tawaran untuk membiayai kajian Tesla dalam gerak geri gelombang itu. Namun, Kajian Tesla dalam bidang memanipulasi cuaca itu telah menarik minat kerajaan Amerika Syarikat. Apabila Tesla mati pada 1942, kajiannya telah dirampas oleh kerajaan dan diberikan status 'Rahsia besar'. Segelintir kajian itu telah digunakan dalam 'Philadelphia Experiment' pada tahun 1943. Kajian ini ada sangkutannya dengan usaha membuatkan radar kapal menjadi samar dan merupakan satu usaha pertama ke arah pencapaian teknologi pembikinan 'stealth'. Akhirnya program ketenteraan pun telah mengambil iktibar daripada kajian Telsa ini. Salah satu projek Kajian dan Pembangunan Ketenteraan Amerika itu ialah Projek HAARP. 

 

Ketika memantau laman-web HAARP, Daniel Peerez telah terserampak dengan beberapa Ionographs yang menunjukkan beberapa bacaan degupan besar yang dicetuskan oleh HAARP ketika ribut salji sedang melanda. Degupan itu semakin menggunung rentaknya ketika berlakunya pendaratan kapal angkasa mahluk asing itu. Ketika itu berlaku beberapa putarbalik bacaan degupan itu seolah-olah ada usaha untuk melindungi bacaan yang sebenar sedangkan projek itu adalah dibiayai oleh cukai pendapatan rakyat jelata. 

 

Episod yang berlaku ke atas EQ Pagasi telah mencetuskan perbalahan antara NASA dan Richard Hoagland yang dituduh memalsukan data Ionographs walaupun bacaan itu muncul di laman web HAARP. Di sinilah timbulnya beberapa tekateki. Kalau HAARP dikelolakan oleh pasukan Tentera Laut Amerika, kenapakah NASA menjerit terhadap maklumat songsang itu sedangkan mereka tidak punyai kaitan dalam projek tersebut? Reaksi mereka itu mencetuskan syak betapa mereka juga terbabit di sebalik tabir dalam projek itu. Malahan kalau anda melawat laman web HAARP, semua bacaan degupan Ionographs di antara 17:15 Universal Time pada 4 Disember dan 11:29 Universal Time pada 10 Disember telah pun dipadamkan. Apakah pemansuhan data itu dilaksanakan oleh orang dalam? 

 

Hoagland terus membuat siasatannya dan mendapati betapa 'Projek Samson' adalah satu projek yang berusaha mewujudkan satu sistem tampanan agar beberapa tapak militari yang tertentu dapat menangkis serangan daripada angkasa lepas. Kajian yang berterusan telah mendedahkan betapa corak gambaran radar yang didapati untuk beberapa hari itu menunjukkan adanya sangkut-paut antara corak itu dengan lokasi pangkalan tentera di Amerika Syarikat. 

 

Projek Samson mempunyai satu rakan-kongsi dalam kerja-kerja pembalikan kata-kata mengikut teknik yang dipelopori oleh Freemasonri dalam hal yang ada hubungkaitnya dengan perkataan dan angka. Secara aneh pula muncul Projek Samson yang dikembarkan dengan satu projek lain bernama Samson Project. Inilah projek yang mengkaji sistem ransangan roket berpandu yang diusahakan di Los Alamos Nuclear Laboratories di New Mexico. Samson Project ini bermatlamat untuk mengganyang Iraq. Tajuk yang digunakan di jendela program itu ialah 'God's Eye View' (Pengamatan Tuhan). Sekaligus ia dikaitkan kepada Arkitek Terunggul Dunia ini mengikut fahaman Freemasonri. 

 

Pada 16 Disember 1998, Presiden Clinton telah mengarahkan penggunaan roket berpandu dan pesawat pengebom untuk mengganyang Iraq dalam satu peperangan Teluk terbaru untuk menumpaskan Saddam Hussein. Ada yang menuduh Clinton sengaja mencetuskan sinario 'Wag The Dog' untuk mengelakkan undi tidak percaya ke atanya di Congress. Tetapi, apa yang dikesan oleh Hoagland yang ada kaitan dengan Menteri Pertahanan, William Cohen telah memberikan jawapannya. 

 

Pembalikan ucapan Cohen sejak April yang menyebut 'Disember 7', dan 'Project Samson' telah dilakukan secara bersistem mengikut carta kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Dengan lain perkataan, krisis Iraq telah digunakan oleh Kumpulan SOB untuk melindungi ketibaan makhluk asing yang bersekutu dengan mereka daripada bintang Sirius bagi tujuan pengistiharan 'Hari kemerdekaan' ataupun suasana 'Armageddon' untuk membawa masuk fahaman Order Baru Dunia. 

 

Semua perkembangan ini memuncak apabila peristiwa pendaratan EQ Pegasi di puncak gunung Turret Peak berlaku pada 7 Disember dan tersiarnya dokumen baru mengenai Majestic-12 yang membabitkan pihak kerajaan yang memang mengetahui akan fenomena itu. Perkara ini disiarkan dalam satu tayangan TV di Art Bell Show. Apabila diketahui bahawa asal usul SOB datangnya daripada Sirius yang disamakan dengan 'The Dog Star' ; filem 'Wag The Dog' sepatutnya dikaitkan pula dengan tajuk 'Wag The Serius' dan akhirnya menjadi 'Wag The Isis'. Adalah amat ketara sekali kumpulan SOB cuma membohongi semua orang termasuk kaum ibu mereka. Perkataan 'ISIS' adalah simbolik 'ibu' dalam mitos Mesir kuno. Rencana mereka ini pasti akan gagal juga bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi: "Anda boleh membohongi semua orang melainkan ibu sendiri." 

 

Apabila kita mengimbau kembali Teori Konspirasi james Cameron (TKJC), kita dapati filem 'Terminator 2:Judgement Day' telah dilaksanakan ketika berlakunya peperangan pertama di Iraq  pada tahun 1991. Tajuk filem itu melambangkan kematian dan kehancuran. Pengedarnya Tri-Star, menggunakan lambang seekor kuda putih sebagai logo. Inilah lambang Pegasus ataupun kematian. Sebaik sahaja Presiden Clinton mengarahkan dilancarkan satu serangan terbaru ke atas Iraq, James Cameron membuat keputusan untuk membikin filem Terminator 3 pada 15 Disember, 1998. 

 

Peristiwa ini berlaku hanya sembilan hari selepas ribut salji direka-cipta melalui program HAARP di Phoenix, Arizona pada 6 Disember. Pengeboman ke atas Iraq berlaku sembilan hari selepas tibanya sesuatu daripada EQ Pegasi yang terletak di gugusan Pegasus pada 7 Disember. Sekali lagi berlakunya satu perlambangan Pegaus/kematian dan angka sembilan dalam 'sembilan hari' yang terjadi itu adalah satu simbol 'selesai' dalam ilmu numerologi. 

 

Hubungkait yang simbolik ini telah dikesan di antara keputusan Cameron memulakan penggambaran Teerminataor 3 dengan keputusan Clinton untuk menyerang Iraq. Pengeboman di Iraq itu diberi nama 'Operasi Desert Fox'. Ada pihak yang mengaitkan 'Desert Fox' kepada seorang Jeneral Nazi yang bernama Erwin Rommel yang mempunyai nama timangan "Desert Fox". Dalam TKJC, ada kenyataaan yang mengaitkan pembabitan SOB dalam menaikkan nama Adolf Hitler dan pembentukan Nazi Germani. Jadi, 'Desert Fox' dikaitkan kepada kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan ke atas Iraq. Mereka adalah kumpulan SOB. Laporan akhbar menyatakan, Terminator 3 akan dibiayai oleh Twentieth Century Fox di mana perkataan "Fox" itu memang mudah dirujukkan. 

 

'Fox' ataupun serigala adalah seekor haiwan yang sama spesinya dengan anjing. Dalam penceritaan kita di tahap awal dulu ada disebut 'Bintang Anjing' di antara gugusan bintang di gugusan Canis Major yang bersamaan dengan nama Sirius. Ini juga mempunyai hubung kait dengan kumpulan SOB. Kalaulah Operasi Perang 'Desert Fox' melibatkan Ketenteraan dan Industri Amerika, kalaulah Twentieth Century Fox melibatkan Hollywood, ia menunjukkan betapa pintarnya manipulasi Kumpulan SOB dalam pergerakan Freemasonri. Mereka berada di tahap teratas dalam struktur tetrahedral yang melibatkan Kompleks "Military/Industrial/Hollywood" itu. 

 

Tetapi, apakah Cameron membuat keputusan membikin Terminator 3 itu secara persendirian? Ataupun apakah ada pengaruh SOB yang mahukan Cameron meninggalkan kumpulan 'Law of One' (Hukum Yang Satu) dan cuba agar beliau memihak kepada mereka? 

 

Bersambung ...........

 

Halaman Utama |Informasi Gayong  | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album