MERENUNG GEJALA MURTAD DI MALAYSIA 



OLEH : IBNU TAYYIB 

Kalimah kesyukuran diucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang dikurniakan kita masih mengecapi kemanisan iman hingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam telah dianugerahkan oleh yang maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah Taala. 

Sejarah telah mencatkan bahawa kemegahan dan keagongan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Othamaniah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan aqidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah. 


Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama, walaupun tidak dinafikan kerat daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. 

Setakat pemerhatian penulis antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang melayu (murtad kepada) ialah Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan Missionarri antarabangsa. Manakala Hindu dan Buddha terlibat hanya melalui perkahwinan dan percintaan secara rambang. 

Menurut mufti Wilayah, di ibu kota sahaja terdapat 3000 umat Islam telah murtad dan kesemua mereka telah mendaftar untuk pertukaran nama di pejabat pendaftaran.Manakala di tempat-tempat lain tidak dipastikan bilangannya secara tepat. 

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511M lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati disana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam Afamosa. Walaubagaimanapun proses Kristianisasi Tanah Melayu ini kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957M. 

Kemerdekaan Malaya diharap dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian aqidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, aqidah islam dibalut dek metarialistik , budaya barat disuap kejantung tampuk pemerintahan. Kesannya, aqidah umat Islam mula goyah. Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini? Kerajaan ? Masyarakat? Ibubapa? Guru? 

Peritiwa Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987 merupakan titit tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri dalam negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, enam orang anak melayu telah berjaya dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut dibebaskan sedangkan ramai pejuang-pejuang gerakan Islam Malaysia ditangkap atas alasan menggugat keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah gugurnya asy-Syahiid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya. Sekarang kita lihat dimanakah keadilan? Dimanakah hak asasi umat Islam? Pendakwah Kristian dibebebaskan dan Pemimpin Islam ditangkap tanpa bicara. Itukah keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam? 

Hari ini orang melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan melayu Islam. Hari ini jika kita lihat ramai orang Islam tidak ke masjid, jangan gatal-gatal mulut ajak mereka ke masjid jika kita tidak pasti keislamannya. Saidina Omar pernah berkata: 
Mafhumnya: Kita adalah satu bangsa yang diagongkan oleh Allah dengan Islam . Sekiranya kita mencari keagongan selain daripada apa yang diagongkan oleh Allah maka ia akan di hina olehnya. 

Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agong disisi Allah melainkan mereka yang beriktiqad dijiwanya dengan dua kalimah Shahadah. Kalau dulu seratu peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau nak cakap begitu lagi. 

Rentetan peristiwa murtad mutakhir ini amat menggerunkan umat islam yang perihatin. Di sana kedengaran gadis Islam dilarikan untuk memurtadkannya, dia dilarikan dari rumah ibubapanya sendiri dan ada juga seorang gadis menendang bapanya kerana telah menghalangnya dia berkahwin dengan jejaka idamannya yang bukan Islam dan kedapatan enam pemuda Melayu diKristiankan disekolah tanahair dan dilantik menjadi paderi. Ini diantara kes-kes murtad di Malaysia. Cuba kita bayangkan 3000 umat Islam murtad di ibu kota, seikiranya setiap orang berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang anak. Maka tidak mustahil sepuluh tahun lagi 18,000 melayu Kristian akan bermastautin di ibu kota. Sekiranya 10,000 orang melayu murtad di seluruh Malaysia berapakah bilangan Melayu kafir sepuluh tahun lagi? 

Disini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadith Nabi. Sabdanya: 

Mafhumnya : Akan terungkai ikatan Islam satu persatu ,dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhir dengan keguguran sembahyang. 


Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat lihat bilangan yang tidak sedikit umat islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulamak Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara muslim dan kafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya diantara muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad. 

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati disana teradapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenagnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dapadamkan terus daripada terus bersinar di Mahkamah Syariah. Firman Allah: 

Mafhumnya: Mereka ingin memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah yang memelihara nurNya walupun dibenci oleh orang-orang kafir. 

Kita sebagai seorang mulim sejati, yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang dapat mengembalikan keagongan Melayu di Malaysia. 

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama disekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu dingatkan gerakan Missionari sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kacamata islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap disekolah-sekolah. 

Apa yang penting perlu diingatkan disini adalah setiap muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala: 

Mafhumnya: Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran serta beriman dengan Allah Taala. 

Semoga dengan jalan ini gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa. 

Sekian, wallahu a’lam 

Dari Al-Manahil

 

Halaman Utama |Informasi Gayong  | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album