Kelebihan Merokok??

 

 

Banyak pendapat dan takrifan menganai merokok. Merokok itu haram. Setengah ulama berpendapat merokok itu makruh. Mereka yang merokok kebanyakannya berdalih dengan pandangan ulama yang mengatakan rokok itu makruh. Kalau kita teliti dengan jelas ayat ayat al Quran kita yakin merokok itu haram. Islam melarang kita umat Islam menjunamkan diri ke arah kebinasaan. Kebinaasan dalam konteks penulisan ini ialah kemudharatkan kesihatan. 

Rokok mangandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru paru seperti TB dan kanser. Menurut kajian, 87% cancer peparu adalah disebabkan amalan merokok. Penyakit yang timbul kesan daripada merokok dianggarkan telah meragut sebanyak 430,000 nyawa setiap tahun di Amerika. Rakyat Amerika telah membelanjakan hampir 97 bilion dollar setahun untuk mendapatkan rawatan. 

Islam juga bencikan pembaziran. Membelanjakan rezeki yang halal semata mata untuk merokok adalah satu pembaziran kerana faedah yang diperolehi daripada merokok adalah terlalu kecil dibandingkan dengan keburukannya. Quran menjelaskan antara sebab arak itu haram ialah kerana sedikit sahaja manfaat yang arak sajikan, selebihnya kemudharatan. 

Apa yang menyedihkan, mereka yang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada pelbagai kemudharatan. Di Amerika, menghidu asap rokok (secondhand smoke) telah menjadi punca kanser paru paru yang dianggarkan membawa 3000 kematian setiap tahun. Ia juga menjadi punca kepada penyakit jantung yang membawa kematian sebanyak 37000 orang setiap tahun. 

Anak anak kecik terutamanya, mereka terlalu sensitif kepada asap rokok. Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia - 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi menyebabkan kanser. Kesannya apabila dihidu, anak anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma). 

Kesan buruk merokok bukan sahaja terhadap kesihatan badan, tetapi juga kepada kesihatan fikiran. Memanglah dalam 10 minit pertama selepas merokok, otak menjadi aktif kesan daripada peningkatan pengaliran darah disebabkan oleh peningkatan denyutan jantung. Mereka yang merokok mendakwa bahawa otak mereka cerdas dan fikiran mereka menjadi ligat. Tetapi 30 minit selepas itu, keaktifan otak kembali kepada asal atau mungkin di bawah tahap yang asal. 

Kesan jangka panjang setelah berulang kali merokok ialah keaktifan otak menurun ketahap yang rendah sehingga perokok menjadi begitu bergantung kepada rokok untuk kembali berfikir secara normal. Kini, menghisap sebatang rokok tidak lagi mencukupi. Dulunya menghisap rokok, kini rokok menghisap dirinya. 

Kesihatan merupakan nikmat yang Tuhan kurniakan untuk kita gunakan sebaiknya demi memperjuangkan Islam dan mendaulatkan ajarannya. Akal meletakkan kita sebagai sebaik baik makhluk ciptaanNYA. Fikiran yang sihat datang dari akal yang sihat. Marilah kita memberi sedikit renungan dan mengambil pengiktibaran.

 

 

Halaman Utama |Informasi Gayong  | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album