Make your own free website on Tripod.com

Novel Isabella 4  : Bedebat dengan Ketua Paderi 


Isabella mula membuka mulutnya untuk berkata, "Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan....." ucapan Isalbella, tiba-tiba dipintas oleh Peter. "...Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke mari pun bukan itu tujuannya," kata Peter. "Tetapi andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dahulu." "Baiklah!" ujar Umar Lahimi. "Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan menjawabnya." "Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab Injil?" tanya Peter. "Sudah tentu Al-Quran memuji Kitab Injil dan kami orang Islam percaya dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi," ujar Umar. "Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?" kata lagi Peter. "Kerana ia BUKAN KITAB INJIL," jawab Umar Lahmi. "Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi(karangan) dan menamakannya ''INJIL'', maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran." 

 

"Jadi, Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami? Buktinya?" Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk memerangkap Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan, menghadapi masalah itu dengan tenang. "Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab Injil yang tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ''INJIL'' ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri." "Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?" tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di depannya lalu membuka. "Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46 - 53, Jesus telah menolak mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga.


Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya murtad, padahal Al-Quran kami menyebutkan ''SIDDIQA'' yang bererti dia bukannya murtad tetapi seorang yang beriman dan warak. Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya, meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi Al-Quran menyebutnya, bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata bahawa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti bahawa Kristus telah d! ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci Al-Quran* menyebut ''Roh Kudus'' dan ''Kalimat Allah'' dan bahawa ''Al-Masih Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah." (*nota: Al-Quran surah 3, ayat 45) . 

 

Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari khayalak ramai. "Itu salah! Injil mengatakan dia(Isa) itu Tuhan". "Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki," kata Umar menjawab suara sumbang itu. "Yang patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah! cuba pilih apakah ''TUHAN'' yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?" Peter menyampuk, "Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada kami." 

 

"Tuan tidak berhak memintanya daripada kami !. Jika tuan telah mengakui terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada waktu itu barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh di atas salib menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran dirakamkan kata-kata Kristus. ''INNI ABDALLAH'' -aku hamba Allah dan padahal mereka tidak membunuhnya dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat 157). Apakah Al-Quran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?" "Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ''Roh Kudus'' dan ''Kalimat Tuhan''? Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?" Peter bertanya. "Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ''Kalimat Allah'', tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah'' itu tidak terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ''Kalimat Allah'' kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah satu daripada ''Kalimat Allah''. Mengenai Kristus menjadi ''Roh Kudus'' maka hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ''Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku, maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud'' * (*nota: Al-Quran surah 15, ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa dengan Adam. Jikalau Kristus menjadi ''Tuhan'' maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ''Tuhan''." 

 

Peter segera menyampuk, "Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ''Roh Kudus'' yang lain selain dari Kristus." Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan si paderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang. ''Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu salah, tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh Al-Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia( ISA ) BUKAN Tuhan, begitu juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ''Tuhan'' kerana ''Roh Kudus'', maka Adama.s. juga ''Tuhan''. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam hal ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?" Mendengar jawapan Umar itu, Peter menjadi agak gugup. Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya. "Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun Injil itu telah disusun oleh murid-muird Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran juga memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman. Injil ini telah dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia," kata Micheal cuba mengutarakan hujah baru. "Persoalannya," jawab Umar dengan tenang. "Ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus untuk tujuan itu, atau beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa murid-murid Kristus yang menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku Injil yang disusun itu! Al-Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID, yang kira-kira maksudnya, ''Kami berikan kepadanya Injil'' dan di dalam Surah MARIAM ayat 30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ''Putera Mariam berkata: ''Sesungguhnya akau adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan kepadaku Kitab(Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.'' Nah!, tuan-tuan mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus, sedangkan Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu DIWAHAYUKAN kepada Kristus." 

Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu terganggu apabila bapa Isabella(Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul. "Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah becakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan perbuatan kamu ini telah menganggu kepercayaan orang-orang Kristian." Tempelakan ketua paderi iru membuat para paderi yang berada dalam majlis itu tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah, menjadi pucat lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika. "Bapa yang suci. Apa yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang yang tidak beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin kita diperhinakan dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami(para paderi) meletakkan harapan bahawa bapa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Islam ini?" Bapa Isabella, ketua paderi itu terdiam sebentar.


Air mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan. Setelah berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. "Amat malang, kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang Islam ini dibawa kejalan yang benar sesudah mendapat jawapan yang memuaskan?" Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab. "Ya! Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis." Mendengar jawapan itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya, "Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya meminta maaf bagi pihak yang hadir. Saya ingin mempersilakan sekali lagi tuan datang semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak tuan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana." 

Keesokan paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi dengan Ketua Paderi diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi lain turut menjadi pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk dengan selesa, ketua paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. "Saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya akan becakap SEPATAH-DUA kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang BENAR. Bukankah begitu?" "Saya tidak ada bantahan. Memang benar, hanya melalui ajaran sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya." kata Umar Lahmi. 

"Bagus. Bagus!" ujar si Ketua Paderi dengan suara gembira. "Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan akan segerea dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin nyatakan bahawa dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu," jawab Umar Lahmi. 

Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . "Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. "Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH'' . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga." 

Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.  


BERSAMBUNG :PERTEMUAN KEEMPAT ....."Apakah reaksi Ketua Paderi dan para hadirin dengan jawapan Umar itu?" (*Nota: Dalam terjemahan, ''Tauhid'' disebut ''unity''. Ertinya ialah kesaksian akan keesaan Allah.) 

 

-------------------------------------------------

*NOTA: Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu

 

Halaman Utama |Informasi Gayong  | Artikel | Aktiviti | Maklumat Ahli | Album